Bab 1: MENDIDIK ANAK
Disatu pagi minggu yang lalu, isteri saya menerima SMS pendek tetapi besar maknanya. SMS itu berbunyi “ Macamana Kak Syam menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka Berjaya ?”
Soalan ini datang nya dari kenalan Kak Syam, isteri saya, Samsidar binti Abu Bakar, yang sama sama menjadi ahli Kumpulan Duha Ustazah Salbiah, diSeremban dan dalam pergaulan seharian dengan isteri saya,beliau mengetahui bahawa anak anak kami yang empat orang itu, tiga orang telah menjadi Doktor Perubatan dan seorang menjadi pensyarah di salah satu Kolej Komuniti di Selangor.
Persoalan dibenak saya.., adakah ini satu kejayaan saperti tanggapan yang menyoal diatas? Mengapa soalan sepenting ini ditujukan kepada kami ? Banyak lagi ustaz dan ustazah serta orang cerdek pandai yang boleh memberi panduan mendidik anak anak dengan lebih jitu dan praktikal. Mungkin kami dipileh untuk menjawab soalan kepada yang bertanya kerana kami orang biasa -biasa dengan itu apa jua yang akan di kemukakan untuk di jadikan panduan adalah yang biasa -biasa juga dan mudah nak diperaktikkan oleh orang biasa. Kalau panduan diterima dari ustaz atau ustazah dan ahli bijak pandai yang luar biasa kebijaksanaan dan kejayaan nya tentu cadangan nya juga luar biasa dan mungkin susah untuk dilaksanakan oleh orang yang biasa biasa.
Latar belakang kami memang biasa-biasa. Saya adalah bekas Pegawai Pertanian yang telah berkhidmat selama tiga puloh satu tahun dan isteri saya juga bekas guru dan pensyarah di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Kami dulu bersekolah Kebangsaan tanpa menerima pendidikan ugama secara formal dimana mana sekolah agama. Walaubagaimanapun saya akan memberanikan diri untuk berkongsi pengalaman macamana kami mendidik anak-anak kami sehingga apa yang mereka capai sekarang.
Proses yang akan saya kongsikan ini sangat panjang. Ia bermula dari anak kami maseh dalam perut ibunya lagi. Bagi memastikan janin yang membesar dengan baik dan sehat, isteri saya memakan vitamin dan makanan tambahan yang kami perolehi sebagai Ahli Pengedar Terus Amway dan saya juga pastikan perasaan dan hati isteri saya semasa mengandung sentiasa tenang dan ceria. Harapan dan doa sentiasa di pohon dari Allah SWA supaya baby yang akan lahir nanti saorang yang comel, sehat dan cerdas.
Oleh sebab terlampau berjaga-jaga dan mungkin terlebeh makan vitamin dan makanan tambahan baby dalam rahim isteri saya sudah terlalu besar sehingga tidak dapat dilahirkan secara biasa. Baby pertama kami dilahirkan melalui caesarion dengan berat badan 10.4 lb, pada 6 September,1976, di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.
Pada malam itu juga saya telah pergi ke Petaling Jaya kerumah kakak ipar saya untuk memohon jasa baiknya supaya membantu kami untuk mengasuh dan menjaga anak kami yang baru lahir, semasa saya dan isteri saya bekerja. Alhamdulillah harapan kami dipersetujui oleh kakak isteri saya dan segala susah payah untuk kami mendapatkan pembantu rumah tangga untuk menjaga anak-anak selesai sudah. Kami berasa begitu bertuah kerana kakak isteri saya iaitu Kak Saadi binti Abu Bakar bersedia mengorbankan dirinya untuk berkhidmat kepada anak saudaranya. Pada masa itu Kak Saadi bekerja sebagai Operator Pengeluaran di kilang Metal Box, Petaling Jaya.
Pada masa itu saya bertugas sebagai Penolong Pengetua, Institut Pertanian Serdang, Selangor. Sungguh gembira kami menyambut kelahiran baby baru yang melengkapkan keahlian keluarga menjadi sempurna. Bincang punya bincang dengan mencantumkan nama saya dan isteri saya,baby perempuan ini telah didaftarkan atas nama Nazatul Shahnaz binti Mohd Nazri, tanpa memikirkan apa-apa makna nya dan nama timangannya adalah Manja.
Mulalah bab baru dalam keluarga kami, dimana menjaga dan memdidik anak menjadi perkara utama. Saya baru berumur 26 tahun dan isteri saya pula baru berumur 25 tahun pada masa itu, tanpa ada apa-apa ilmu dan pengalaman mengenai penjagaan anak-anak. Kami bernasib baik kerana tak lama dari tarikh tersebut, kami diterima untuk menghadiri kursus pendek selama satu hari mengenai Keibubapaan yang dianjur dan dijalankan oleh Dr. Hassan Ali, saorang motivator dan konsultan keibupbapaan yang terkemuka pada masa itu. Terlalu banyak ilmu dan idea praktikal yang telah kami perolehi dalam masa satu hari itu.
Kami sangat bertuah dan sangat bersyukur kerana telah terpileh untuk menghadiri kursus tersebut. Dari kursus tersebut kami telah dapat merencanakan kaedah dan cara mendidik anak dengan baik dan betul mengikut kemampuan kami. Kami menjadi lebih yakin untuk mencorakkan kehidupan anak kami untuk menghadapi masa depan nya dengan lebih baik dengan izin Allah SWA. Nota syarahan yang dibawa balik dari kursus dihayati dan diamalkan bersungguh sungguh. Tip paling utama yang maseh diamal hingga kehari ini adalah , penjagaan anak memerlukan kerjasama yang erat dan harmoni diantara kedua ibu bapa. Kedua ibu dan bapa memainkan peranan masing masing untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kemajuan akedemik dan intelektual lebih berat kepada peranan bapa dan kemajuan budi perketi yang baik lebih kepada ibu.
Disamping kaedah sains dan teknologi moden yang diajar, kursus itu juga tidak ketingalan mengaitkan dengan syariat Islam, supaya kejayaan yang akan diperolehi adalah yang relevan untuk dunia dan akhirat. Mengamalkan kaedah dan cara Islam sangat penting untuk mendapat berkat dan keredaan Allah SWA. Dengan cara itu doa kita akan dimakbulkan dan laluan kita dipermudahkan.