Tuesday, 27 December 2011

Bab 5 : Summer Camp


BAB 5:  SUMMER CAMP        
Kami juga sebagai ibubapa murid yang bertanggung jawab akan cuba berkenalan dan betegur sapa dengan guru-guru yang mengajar anak-anak kami disekolah. Dimana ada kesempatan saperti Majlis Sukan Tahunan , Hari Ucapan  Tahunan Sekolah, Mesyurat PIBG dan Hari Penyerahan Lapuran Kemajuan Murid, kami akan bertegur sapa dan berbincang dengan guru guru tersebut mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak kami. Pada sambutan Hari Guru setiap tahun kami pasti menyediakan cendrahati untuk diserahkan oleh anak anak kami kepada guru-guru yang berkaitan  sebagai mengenang jasa mereka yang telah mengajar anak-anak kami.

Ketika anak kami yang pertama memasuki darjah lima, kami telah berkesempatan menghantar anak kami yang pertama dan kedua menghadiri Summer Camp yang dikelolakan oleh Dr. Hassan Ali di Templer Park, Rawang. Kami dapati Summer Camp tersebut sangat berguna dan telah meberi banyak manufaat kepa anak anak kami. Mereka merjadi lebih rajin belajar dan rajin melaksanakan ibadah supaya apa jua usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Mereka menjadi murid dan anak yang baik dan pencapaian mereka dalam sekolah terus meningkat. 

Dari pencapaian yang menggalakkan yang ditunjukkan oleh anak pertama kami itu, kami telah berangan angan dan mencadangkan kepada nya untuk terus belajar bersungguh sungguh supaya bila besar nanti boleh menjadi Doktor. Mungkin ketika itu anak kami itu tidak mengerti lagi apa itu Doktor tetapi perkataan Doktor itu tetap tersemat dalam hati sanubari nya, sehingga apabila ada orang bertanya kepada nya bila besar nanti nak jadi apa ? Dengan yakin anak kami akan menjawab nak menjadi Doktor. Dengan itu proses mempersediakan anak kami supaya tertarik kepada karier saorang Doktor telah kami mulakan dari semenjak disekolah rendah lagi.

Bagi memastikan anak kami memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran nya kami telah menghantar nya kekelas tuition Ilmu Hisab sejak dari darjah dua dan untuk Bahasa Ingeris bermula dari darjah empat. Bila dia mencapai darjah lima kami menghantar dia kekelas tution untuk semua mata pelajaran UPSR. Dengan kelas tution itu pencapaian pembelajaran bertambah meningkat. Tujuan utama yang diharapkan dari kelas tution itu adalah supaya anak kami itu boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam pepereksaan UPSR nya nanti. Dengan itu dia akan layak untuk memasukki sekolah menengah yang terkemuka dalam nrgara kita.

Bab 4; Pendidikan Prasekolah


BAB 4; PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kami mendapati pembelajaran awal sebelum memasuki prasekolah sangat penting bagi memastikan anak kami mempunyai keyakinan diri dari awal lagi apabila melangkah masuk kebilek darjah. Pembelajaran yang diterima dirumah akan menjadikannya lebih cerdek dan bijak  dari kanak-kanan yang lain dalam bilek darjahnya.Dengan itu beliau akan mendapat pujian dan pengikhtirafan dari kawan-kawan sebilek darjah serta gurunya.Suasana begini sangat positif untuk proses pembelajaran kanak-kanak.

 Semasa majlis penutupan persekolahan prasekolah yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis anak kami Manja telah mendapat pengikhtirafan dan hadiah sebagai salah saorang dari murid yang cemerlang. Seterusnya pehak kami sebagai ibubapa juga menyediakan hadiah berupa cenderamata kepada guru-guru KEMAS yang telah bertugas dengan bersungguh sungguh membimbing dan melatih anak kami hingga menjadi murid yang agak cemerlang.
Pada tahun 1993 mulalah anak pertama kami memulakan alam persekolahan nya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar dengan keyakinan yang telah  dibina semasa belajar dikelas Tadika KEMAS terdahulu.Pencapaian akademiknya kian meningkat hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Bagi mengimbangi perkembangan dan kemajuan akademik yang tertumpu pada minda sebelah kiri kamipun mendaftarkan Manja kekelas piano.Melalui pembelajaran dalam bidang seni music saperti  piano kami berharap minda sebelah kanan anak kami akan berkembang sama selari dengan minda sebelah kirinya. Pencapaian nya dalam seni music piano juga sangat membaggakan, samasama berkembang dengan pencapaian akademik nya.

Pada masa itu di Kangar, Perlis, agak sukar bagi kami mendapatkan tempat untuk anak kami  menerima pendikan dalam bidang keagamaan bagi sesi petang selepas  sesi pagi diSekolah Kebangsaan saperti yang ada diNegeri Selangor dan negeri negeri lain diSemenanjung. Walaubagaimanapun akirnya Ahli Jawatankuasa Surau Taman Seri  Indera telah membuka kelas bimbingan agama Islam untuk murid-murid sekolah rendah secara tidak fomal. Dapatlah anak kami mengikuti bimbingan dan pembelajaran dalam bidang ugama Islam disurau nya. Walaubagaimanapun kelas agama in berjalan buat semetara waktu sahaja dan tidak diteruskan selepas beberapa tahun . 

Dari kelas Tadika dan sekolah rendah lagi  kami galakkan anak kami menyertai aktiviti kokurukulum. Walaubagaimanapun kami menghadkan penyertaannya dan kami memileh satu jenis sukan sahaja dan satu persatuan atau Badan berunuform sahaja. Ini bagi memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut tidak menjejaskan pembelajaran akademiknya. Penyertaan  dalam kokurukulum itu juga kami pastikan diperingkat kepimpinan supaya ianya memberi lebih faedah dalam pembangunan kerjaya dan penghidupan mereka dimasa akan datang. 

Anak kedua kami juga menghadiri kelas Tadika Kemas, Kangar dan pergi keSekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar. Kami tidak lepas tangan dan membiarkan pehak sekolah dan guru-guru sahaja yang membimbing dan melatih anak-anak kami. Tiap tiap hari kami akan pastikan segala kerja rumah yang diberi oleh guru mereka disiapkan terlebih dulu sebelum mereka pergi bermain atau menonton TV . Pada malam nya semua ahli keluarga termasuk saya sendiri duduk mengelilingi meja makan yang telah dikhaskan untuk anak-anak  belajar dan membuat kerja sekolah mereka.

Monday, 12 December 2011


BAB 4; PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kami mendapati pembelajaran awal sebelum memasuki prasekolah sangat penting bagi memastikan anak kami mempunyai keyakinan diri, dari awal lagi apabila melangkah masuk kebilek darjah. Pembelajaran yang diberi dirumah akan menjadikan anak kita lebih cerdek dan bijak  dari kanak-kanan yang lain didalam bilek darjahnya.Dengan itu beliau akan mendapat pujian dan pengikhtirafan dari kawan-kawan sebilek darjah serta gurunya.Suasana begini sangat positif untuk proses pembelajaran kanak-kanak.

 Semasa majlis penutupan persekolahan prasekolah yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis anak kami Manja telah mendapat pengikhtirafan dan hadiah sebagai salah saorang dari murid yang cemerlang. Seterusnya pehak kami sebagai ibubapa juga menyediakan hadiah berupa cenderamata kepada guru-guru KEMAS yang telah bertugas dengan dedikasi membimbing dan melatih anak kami hingga menjadi murid yang membanggakan.

Pada tahun 1993 mulalah anak pertama kami memulakan alam persekolahan nya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar dengan keyakinan yang telah  dibina semasa belajar dikelas Tadika KEMAS terdahulu.Pencapaian akademiknya kian meningkat hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Bagi mengimbangi perkembangan dan kemajuan akademik yang tertumpu pada minda sebelah kiri kamipun mendaftarkan Manja kekelas piano.Melalui pembelajaran dalam bidang seni music saperti  piano kami berharap minda sebelah kanan anak kami akan berkembang sama selari dengan minda sebelah kirinya. Pencapaian nya dalam seni music piano juga sangat membaggakan, samasama berkembang dengan pencapaian akademik nya.

Pada masa itu di Kangar, Perlis, agak sukar bagi kami mendapatkan tempat untuk anak kami  menerima pendikan dalam bidang keagamaan bagi sesi petang sehabisnya  sesi disekolah Kebangsaan saperti yang ada diNegeri Selangor dan negeri negeri lain diSemenanjung. Walaubagaimanapun akirnya Ahli Jawatankuasa Surau Taman Seri  Indera telah membuka kelas bimbingan agama Islam untuk murid-murid sekolah rendah secara tidak fomal. Dapatlah anak kami mengikuti bimbingan dan pembelajaran dalam bidang ugama Islam. Walaubagaimanapun kelas agama in berjalan buat semetara sahaja dan tidak diteruskan selepas beberapa tahun.

Dari kelas Tadika dan sekolah rendah lagi  kami galakkan anak kami menyertai aktiviti kokurukulum. Walaubagaimanapun kami menghadkan penyertaannya dan kami memileh satu jenis sukan sahaja dan satu persatuan atau Badan berunuform sahaja. Ini bagi memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut tidak menjejas pembelajaran akademiknya. Penyertaan  dalam ko kurukulum itu juga kami pastikan diperingkat kepimpinan supaya ianya memberi lebih faedah dalam  penghidupan mereka dimasa akan datang.
Anak kedua kami juga menghadiri kelas Tadika Kemas, Kangar dan pergi keSekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar. Kami tidak lepas tangan dan membiarkan pehak sekolah dan guru-guru sahaja yang membimbing dan melatih anak-anak kami. Tiap tiap hari kami akan pastikan segala kerja rumah yang diberi oleh guru mereka disiapkan terlebih dulu sebelum mereka pergi bermain atau menonton TV . Pada malam nya semua ahli keluarga termasuk saya sendiri duduk mengelilingi meja  yang disedia khas untuk anak-anak  belajar dan membuat kerja sekolah mereka.

Wednesday, 7 December 2011

Travelog Ibubapa Bab 3: Pendidikan Awal Sebelum Tadika



BAB 3: PENDIDIKAN AWAL SEBELUM TADIKA
Dalam masa membesarkan anak pertama kami ini, isteri saya mengandung lagi.Mengambil kira pengalaman semasa mengandung anak yang pertama dulu, kali ini pemakanan vitamin dan makanan tambahan dikurangkan supaya baby yang akan lahir nanti tidaklah terlalu besar. Beban kerja yang bertambah telah menyebabkan kurang perhatian diberikan kepada isteri yang mengandung. Pengabaian kepada isteri dimasa ini menyebabkan anak ini terpaksa bekerja keras dalam persekolahan nya dan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kecemerlang dalam pembelajaran nya.
 Anak kedua kami ini baby perempuan juga, dilahirkan pada 3Disember,1979, diHospital Bersalin Kuala Lumpur juga. Anak ini diberi nama Nazatul Nur Zihan binti Mohd Nazri dan nama timangan nya adalah Intan. Pada tahun 1981 kami berpindah keKangar, Perlis apabila saya ditukarkan untuk bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Perlis.
Anak-anak kami telah membesar dengan sehat dan cerianya. Makanan vitamin dan makanan tambahan dari Amway kami teruskan saperti nasehat yang diberikan oleh pakar pemakanan. Kami sungguh gembira dan bersyukur dan sentiasa mendoakan mereka membesar untuk menjadi orang yang berjaya didunia dan akhirat serta dapat berjasa kepada agama,nusa, bangsa serta keluarga.
Seawal baby kami boleh memegang pensel dalam lingkungan umur dua tahun kami telah mendedahkan nya kepada buku-buku bergambar dan buku-buku untuk mewarna dan membimbing dan mengajar mereka untuk mengenal huruf rumi serta jawi dan mengira  . Buku-buku  yang nipis lagi  murah digunakan diperingkat awal kerana baby maseh tidak pandai menjaga hartanya dengan baik. Hancur buku-buku itu tak menjadi masaalah asalkan dia menjadi biasa dengan kehadiran berbagai buku-buku yang berwarna warni yang menarik perhatian nya.
Apabila umurnya mencapai empat tahun dan sudah pandai menjaga barang kepunyaan nya dengan selamat barulah kami belikan untuk nya buku-buku yang lebih bermutu yang harga lebih mahal. Manja  sangat suka kepada buku-buku sehingga sekira diminta memilih apa-apa hadiah yang akan diberikan kepadanya, pilehan nya adalah buku-buku daripada barang permainan yang lain. Kalau kami membawa Manja kesupermarket untuk membeli keperluan dapur atau lain-lain, manja akan suka pergi  ke bahagian buku untuk membelek dan melihat gambar gambar dalam buku buku tersebut.
Mencapai umur enam tahun semasa beliau memasuki prasektolah, Manja telah memperolehi perputakaannya sendiri. Antara buku-bukunya adalah  A Ladybird Book Series yang di terbitkan oleh Ladybird Books Ltd, Loughborough Leicestshire England; Wise Owl’s Series yang di terbitkan oleh Childrens Press, Chicago; Siri Sains Untuk Kanak-kanak yang diterbitkan oleh Dewan Sains Dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia; Siri Sumber Pengetahuan Pelajar terbitan Federal Publications Sdn Bhd; Siri Perpustakaan Kanak-kanak Fajar Bakti terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.; dan macam-macam lagi buku buku ilmu pengetahuan yang lain.

Tuesday, 29 November 2011


BAB 2 :  RAZEKI YANG HALAL

Syarat paling utama dalam proses mendidik anak-anak adalah membawa balik  rezeki yang halal untuk makan minum serta kegunaan keluarga. Kalau  razeki atau benda yang haram dibawa balik maka anak-anak kitalah yang mula-mula menerima akibat nya dengan susah dia hendak belajar dan mengingati mata pelajaran nya. Saya sungguh yakin dengan perkara ini kerana situasi ini telah berlaku dengan tepat dan jelasnya kepada diri dan keluarga saya. Rasuah ribuan dan ratusan ringgit dapat saya elakkan tetapi dengan hanya  beberapa ringgit yang terlepas pandang anak saya mendapat  keputusan pepereksaan yang mengecewakan pada tahun tersebut. Dari situ saya bertekad tidak akan sama sekali membawa apa-apa benda yang haram kedalam rumah dan keluarga kami sampai bila-bilapun.


Dalam mendidik anak anak peranan ibu bapa harus sekata dan senada sokong menyokong, lengkap melengkapi kelemahan yang ada pada diri masing masing.Memang kita ada kelemahan sana sini, saperti contoh isteri saya, Samsidar merupakan anak yatim piatu, ibunya meninggal semasa dia berumur dua tahun dan ayah nya pula semasa beliau berumur lima tahun. Selepas peninggalah ayah nya dia tinggal bersama datuk nya di Kajang dan bila datuk nya meninggal beliau menjadi anak pungut kepada Makteh, adek kepada ibu kandung nya.

 Keluarga Makteh/pakteh ini mempunyai lima orang anak lelaki dan dengan kehadiran anak angkat perempuan dapatlah segala kerja rumah saperti memasak, menyapu, membasuh,  dan juga membuat kueh untuk dijual sudah ada pembantu. Keluarga angkat nya bukan orang senang. Bapa angkatnya haya bertugas sebagai Jaga di kilang beras di Kajang.  Samsidar telah membesar dengan segala kekurangag dan kesukaran serta tiada kaseh sayang dari ibubapa kandung. Keadaan ini telah membuatnya menjadi sangat sensitive kepada anak anaknya. Silap sedikit dia akak melenting. Dalam apa jua keadaan saya tidak boleh memehak kepada anak-anak dihadapan nya. Saya akan rationalize balik dengan anak tersebut mengapa ibunya marah apabila keadaan sudah reda. Anak anak harus memahami latar belakang dan karektor ibu mereka supaya mereka tidak ambil hati bila ibunya melenting dan marah-marah.

Wednesday, 28 September 2011

BAB 1: MENDIDIK ANAK


Bab 1: MENDIDIK ANAK
Disatu pagi minggu yang lalu, isteri saya menerima SMS pendek tetapi besar maknanya. SMS itu berbunyi   “ Macamana Kak Syam menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka Berjaya ?”

Soalan ini datang nya dari kenalan Kak Syam, isteri saya, Samsidar binti Abu Bakar, yang sama sama menjadi ahli Kumpulan Duha Ustazah Salbiah, diSeremban dan dalam pergaulan seharian dengan isteri saya,beliau mengetahui bahawa  anak anak kami yang empat orang itu, tiga orang telah menjadi Doktor Perubatan dan seorang menjadi pensyarah di salah satu Kolej Komuniti di Selangor. 

Persoalan dibenak saya.., adakah ini satu kejayaan saperti tanggapan yang  menyoal diatas?  Mengapa soalan sepenting ini ditujukan kepada kami ? Banyak lagi ustaz dan ustazah serta orang cerdek pandai yang boleh memberi panduan mendidik anak anak dengan lebih jitu dan praktikal. Mungkin kami dipileh untuk menjawab soalan kepada yang bertanya kerana kami orang biasa -biasa dengan itu apa jua yang akan di kemukakan untuk di jadikan panduan adalah  yang biasa -biasa juga dan mudah nak diperaktikkan oleh orang biasa. Kalau panduan diterima dari ustaz atau ustazah dan ahli bijak pandai yang luar biasa kebijaksanaan dan kejayaan nya tentu cadangan nya juga luar biasa dan mungkin susah untuk dilaksanakan oleh orang yang biasa biasa.

Latar belakang kami memang biasa-biasa. Saya adalah bekas Pegawai Pertanian yang telah berkhidmat selama tiga puloh satu tahun dan isteri saya juga bekas guru dan pensyarah di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Kami dulu bersekolah Kebangsaan tanpa menerima pendidikan ugama secara formal dimana mana sekolah agama. Walaubagaimanapun saya akan memberanikan diri untuk berkongsi pengalaman macamana kami mendidik anak-anak kami sehingga apa yang mereka capai sekarang.

Proses yang akan saya kongsikan ini sangat panjang. Ia bermula dari anak kami maseh dalam perut ibunya lagi. Bagi memastikan janin yang membesar dengan baik dan sehat,  isteri saya memakan vitamin dan makanan tambahan yang kami perolehi sebagai Ahli Pengedar Terus Amway dan saya juga pastikan perasaan dan hati isteri saya semasa mengandung sentiasa tenang dan ceria. Harapan dan doa sentiasa di pohon dari Allah SWA supaya baby yang akan lahir nanti saorang yang comel, sehat dan cerdas.

Oleh sebab terlampau berjaga-jaga dan mungkin terlebeh makan vitamin dan makanan tambahan baby dalam rahim isteri saya sudah terlalu besar sehingga tidak dapat dilahirkan secara biasa. Baby pertama kami dilahirkan melalui caesarion dengan berat badan 10.4 lb, pada 6 September,1976, di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. 

Pada malam itu juga saya telah pergi ke Petaling Jaya kerumah kakak ipar saya untuk memohon jasa baiknya supaya membantu kami untuk mengasuh dan menjaga anak kami yang baru lahir, semasa saya dan isteri saya bekerja. Alhamdulillah harapan kami dipersetujui oleh kakak isteri saya dan segala susah payah untuk kami mendapatkan pembantu rumah tangga untuk menjaga anak-anak  selesai sudah. Kami berasa begitu bertuah kerana kakak isteri saya iaitu Kak Saadi binti Abu Bakar bersedia mengorbankan dirinya untuk berkhidmat kepada anak saudaranya. Pada masa itu Kak Saadi bekerja sebagai Operator Pengeluaran di kilang Metal Box, Petaling Jaya.

Pada masa itu saya bertugas sebagai Penolong Pengetua, Institut Pertanian Serdang, Selangor. Sungguh gembira kami menyambut kelahiran baby baru yang melengkapkan keahlian keluarga menjadi sempurna. Bincang punya bincang dengan mencantumkan nama saya dan isteri saya,baby perempuan ini telah didaftarkan atas nama Nazatul Shahnaz binti Mohd Nazri, tanpa memikirkan apa-apa makna nya dan nama timangannya adalah Manja.

Mulalah bab baru dalam keluarga kami, dimana menjaga dan memdidik anak menjadi perkara utama. Saya baru berumur 26 tahun dan isteri saya pula baru berumur 25 tahun pada masa itu, tanpa ada apa-apa ilmu dan pengalaman mengenai penjagaan anak-anak. Kami bernasib baik kerana tak lama dari tarikh tersebut, kami diterima untuk menghadiri kursus pendek selama satu hari mengenai Keibubapaan yang dianjur dan dijalankan oleh Dr. Hassan Ali, saorang motivator dan konsultan keibupbapaan yang terkemuka pada masa itu. Terlalu banyak ilmu dan idea praktikal yang telah kami perolehi dalam masa satu hari itu.

 Kami sangat bertuah dan sangat bersyukur kerana telah terpileh untuk menghadiri kursus tersebut. Dari kursus tersebut kami telah dapat merencanakan kaedah dan cara mendidik anak dengan baik dan betul mengikut kemampuan kami. Kami menjadi lebih yakin untuk mencorakkan kehidupan anak kami untuk menghadapi masa depan nya dengan lebih baik dengan izin Allah SWA. Nota syarahan yang dibawa balik  dari kursus dihayati dan diamalkan bersungguh sungguh. Tip paling utama yang maseh diamal hingga kehari ini adalah , penjagaan anak memerlukan kerjasama yang erat dan harmoni  diantara kedua ibu bapa. Kedua ibu dan bapa memainkan peranan masing masing untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kemajuan akedemik dan intelektual lebih berat kepada peranan bapa dan kemajuan budi perketi yang baik lebih kepada ibu.

Disamping kaedah sains dan teknologi moden yang diajar, kursus itu juga tidak ketingalan mengaitkan dengan syariat Islam, supaya kejayaan yang akan diperolehi adalah yang relevan untuk dunia dan akhirat. Mengamalkan kaedah dan cara Islam sangat penting untuk mendapat berkat dan keredaan Allah SWA. Dengan cara itu doa kita akan dimakbulkan dan laluan kita dipermudahkan.