Tuesday, 27 December 2011

Bab 5 : Summer Camp


BAB 5:  SUMMER CAMP        
Kami juga sebagai ibubapa murid yang bertanggung jawab akan cuba berkenalan dan betegur sapa dengan guru-guru yang mengajar anak-anak kami disekolah. Dimana ada kesempatan saperti Majlis Sukan Tahunan , Hari Ucapan  Tahunan Sekolah, Mesyurat PIBG dan Hari Penyerahan Lapuran Kemajuan Murid, kami akan bertegur sapa dan berbincang dengan guru guru tersebut mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak kami. Pada sambutan Hari Guru setiap tahun kami pasti menyediakan cendrahati untuk diserahkan oleh anak anak kami kepada guru-guru yang berkaitan  sebagai mengenang jasa mereka yang telah mengajar anak-anak kami.

Ketika anak kami yang pertama memasuki darjah lima, kami telah berkesempatan menghantar anak kami yang pertama dan kedua menghadiri Summer Camp yang dikelolakan oleh Dr. Hassan Ali di Templer Park, Rawang. Kami dapati Summer Camp tersebut sangat berguna dan telah meberi banyak manufaat kepa anak anak kami. Mereka merjadi lebih rajin belajar dan rajin melaksanakan ibadah supaya apa jua usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Mereka menjadi murid dan anak yang baik dan pencapaian mereka dalam sekolah terus meningkat. 

Dari pencapaian yang menggalakkan yang ditunjukkan oleh anak pertama kami itu, kami telah berangan angan dan mencadangkan kepada nya untuk terus belajar bersungguh sungguh supaya bila besar nanti boleh menjadi Doktor. Mungkin ketika itu anak kami itu tidak mengerti lagi apa itu Doktor tetapi perkataan Doktor itu tetap tersemat dalam hati sanubari nya, sehingga apabila ada orang bertanya kepada nya bila besar nanti nak jadi apa ? Dengan yakin anak kami akan menjawab nak menjadi Doktor. Dengan itu proses mempersediakan anak kami supaya tertarik kepada karier saorang Doktor telah kami mulakan dari semenjak disekolah rendah lagi.

Bagi memastikan anak kami memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran nya kami telah menghantar nya kekelas tuition Ilmu Hisab sejak dari darjah dua dan untuk Bahasa Ingeris bermula dari darjah empat. Bila dia mencapai darjah lima kami menghantar dia kekelas tution untuk semua mata pelajaran UPSR. Dengan kelas tution itu pencapaian pembelajaran bertambah meningkat. Tujuan utama yang diharapkan dari kelas tution itu adalah supaya anak kami itu boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam pepereksaan UPSR nya nanti. Dengan itu dia akan layak untuk memasukki sekolah menengah yang terkemuka dalam nrgara kita.

Bab 4; Pendidikan Prasekolah


BAB 4; PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kami mendapati pembelajaran awal sebelum memasuki prasekolah sangat penting bagi memastikan anak kami mempunyai keyakinan diri dari awal lagi apabila melangkah masuk kebilek darjah. Pembelajaran yang diterima dirumah akan menjadikannya lebih cerdek dan bijak  dari kanak-kanan yang lain dalam bilek darjahnya.Dengan itu beliau akan mendapat pujian dan pengikhtirafan dari kawan-kawan sebilek darjah serta gurunya.Suasana begini sangat positif untuk proses pembelajaran kanak-kanak.

 Semasa majlis penutupan persekolahan prasekolah yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis anak kami Manja telah mendapat pengikhtirafan dan hadiah sebagai salah saorang dari murid yang cemerlang. Seterusnya pehak kami sebagai ibubapa juga menyediakan hadiah berupa cenderamata kepada guru-guru KEMAS yang telah bertugas dengan bersungguh sungguh membimbing dan melatih anak kami hingga menjadi murid yang agak cemerlang.
Pada tahun 1993 mulalah anak pertama kami memulakan alam persekolahan nya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar dengan keyakinan yang telah  dibina semasa belajar dikelas Tadika KEMAS terdahulu.Pencapaian akademiknya kian meningkat hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Bagi mengimbangi perkembangan dan kemajuan akademik yang tertumpu pada minda sebelah kiri kamipun mendaftarkan Manja kekelas piano.Melalui pembelajaran dalam bidang seni music saperti  piano kami berharap minda sebelah kanan anak kami akan berkembang sama selari dengan minda sebelah kirinya. Pencapaian nya dalam seni music piano juga sangat membaggakan, samasama berkembang dengan pencapaian akademik nya.

Pada masa itu di Kangar, Perlis, agak sukar bagi kami mendapatkan tempat untuk anak kami  menerima pendikan dalam bidang keagamaan bagi sesi petang selepas  sesi pagi diSekolah Kebangsaan saperti yang ada diNegeri Selangor dan negeri negeri lain diSemenanjung. Walaubagaimanapun akirnya Ahli Jawatankuasa Surau Taman Seri  Indera telah membuka kelas bimbingan agama Islam untuk murid-murid sekolah rendah secara tidak fomal. Dapatlah anak kami mengikuti bimbingan dan pembelajaran dalam bidang ugama Islam disurau nya. Walaubagaimanapun kelas agama in berjalan buat semetara waktu sahaja dan tidak diteruskan selepas beberapa tahun . 

Dari kelas Tadika dan sekolah rendah lagi  kami galakkan anak kami menyertai aktiviti kokurukulum. Walaubagaimanapun kami menghadkan penyertaannya dan kami memileh satu jenis sukan sahaja dan satu persatuan atau Badan berunuform sahaja. Ini bagi memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut tidak menjejaskan pembelajaran akademiknya. Penyertaan  dalam kokurukulum itu juga kami pastikan diperingkat kepimpinan supaya ianya memberi lebih faedah dalam pembangunan kerjaya dan penghidupan mereka dimasa akan datang. 

Anak kedua kami juga menghadiri kelas Tadika Kemas, Kangar dan pergi keSekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar. Kami tidak lepas tangan dan membiarkan pehak sekolah dan guru-guru sahaja yang membimbing dan melatih anak-anak kami. Tiap tiap hari kami akan pastikan segala kerja rumah yang diberi oleh guru mereka disiapkan terlebih dulu sebelum mereka pergi bermain atau menonton TV . Pada malam nya semua ahli keluarga termasuk saya sendiri duduk mengelilingi meja makan yang telah dikhaskan untuk anak-anak  belajar dan membuat kerja sekolah mereka.

Monday, 12 December 2011


BAB 4; PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kami mendapati pembelajaran awal sebelum memasuki prasekolah sangat penting bagi memastikan anak kami mempunyai keyakinan diri, dari awal lagi apabila melangkah masuk kebilek darjah. Pembelajaran yang diberi dirumah akan menjadikan anak kita lebih cerdek dan bijak  dari kanak-kanan yang lain didalam bilek darjahnya.Dengan itu beliau akan mendapat pujian dan pengikhtirafan dari kawan-kawan sebilek darjah serta gurunya.Suasana begini sangat positif untuk proses pembelajaran kanak-kanak.

 Semasa majlis penutupan persekolahan prasekolah yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis anak kami Manja telah mendapat pengikhtirafan dan hadiah sebagai salah saorang dari murid yang cemerlang. Seterusnya pehak kami sebagai ibubapa juga menyediakan hadiah berupa cenderamata kepada guru-guru KEMAS yang telah bertugas dengan dedikasi membimbing dan melatih anak kami hingga menjadi murid yang membanggakan.

Pada tahun 1993 mulalah anak pertama kami memulakan alam persekolahan nya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar dengan keyakinan yang telah  dibina semasa belajar dikelas Tadika KEMAS terdahulu.Pencapaian akademiknya kian meningkat hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Bagi mengimbangi perkembangan dan kemajuan akademik yang tertumpu pada minda sebelah kiri kamipun mendaftarkan Manja kekelas piano.Melalui pembelajaran dalam bidang seni music saperti  piano kami berharap minda sebelah kanan anak kami akan berkembang sama selari dengan minda sebelah kirinya. Pencapaian nya dalam seni music piano juga sangat membaggakan, samasama berkembang dengan pencapaian akademik nya.

Pada masa itu di Kangar, Perlis, agak sukar bagi kami mendapatkan tempat untuk anak kami  menerima pendikan dalam bidang keagamaan bagi sesi petang sehabisnya  sesi disekolah Kebangsaan saperti yang ada diNegeri Selangor dan negeri negeri lain diSemenanjung. Walaubagaimanapun akirnya Ahli Jawatankuasa Surau Taman Seri  Indera telah membuka kelas bimbingan agama Islam untuk murid-murid sekolah rendah secara tidak fomal. Dapatlah anak kami mengikuti bimbingan dan pembelajaran dalam bidang ugama Islam. Walaubagaimanapun kelas agama in berjalan buat semetara sahaja dan tidak diteruskan selepas beberapa tahun.

Dari kelas Tadika dan sekolah rendah lagi  kami galakkan anak kami menyertai aktiviti kokurukulum. Walaubagaimanapun kami menghadkan penyertaannya dan kami memileh satu jenis sukan sahaja dan satu persatuan atau Badan berunuform sahaja. Ini bagi memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut tidak menjejas pembelajaran akademiknya. Penyertaan  dalam ko kurukulum itu juga kami pastikan diperingkat kepimpinan supaya ianya memberi lebih faedah dalam  penghidupan mereka dimasa akan datang.
Anak kedua kami juga menghadiri kelas Tadika Kemas, Kangar dan pergi keSekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar. Kami tidak lepas tangan dan membiarkan pehak sekolah dan guru-guru sahaja yang membimbing dan melatih anak-anak kami. Tiap tiap hari kami akan pastikan segala kerja rumah yang diberi oleh guru mereka disiapkan terlebih dulu sebelum mereka pergi bermain atau menonton TV . Pada malam nya semua ahli keluarga termasuk saya sendiri duduk mengelilingi meja  yang disedia khas untuk anak-anak  belajar dan membuat kerja sekolah mereka.

Wednesday, 7 December 2011

Travelog Ibubapa Bab 3: Pendidikan Awal Sebelum Tadika



BAB 3: PENDIDIKAN AWAL SEBELUM TADIKA
Dalam masa membesarkan anak pertama kami ini, isteri saya mengandung lagi.Mengambil kira pengalaman semasa mengandung anak yang pertama dulu, kali ini pemakanan vitamin dan makanan tambahan dikurangkan supaya baby yang akan lahir nanti tidaklah terlalu besar. Beban kerja yang bertambah telah menyebabkan kurang perhatian diberikan kepada isteri yang mengandung. Pengabaian kepada isteri dimasa ini menyebabkan anak ini terpaksa bekerja keras dalam persekolahan nya dan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kecemerlang dalam pembelajaran nya.
 Anak kedua kami ini baby perempuan juga, dilahirkan pada 3Disember,1979, diHospital Bersalin Kuala Lumpur juga. Anak ini diberi nama Nazatul Nur Zihan binti Mohd Nazri dan nama timangan nya adalah Intan. Pada tahun 1981 kami berpindah keKangar, Perlis apabila saya ditukarkan untuk bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Perlis.
Anak-anak kami telah membesar dengan sehat dan cerianya. Makanan vitamin dan makanan tambahan dari Amway kami teruskan saperti nasehat yang diberikan oleh pakar pemakanan. Kami sungguh gembira dan bersyukur dan sentiasa mendoakan mereka membesar untuk menjadi orang yang berjaya didunia dan akhirat serta dapat berjasa kepada agama,nusa, bangsa serta keluarga.
Seawal baby kami boleh memegang pensel dalam lingkungan umur dua tahun kami telah mendedahkan nya kepada buku-buku bergambar dan buku-buku untuk mewarna dan membimbing dan mengajar mereka untuk mengenal huruf rumi serta jawi dan mengira  . Buku-buku  yang nipis lagi  murah digunakan diperingkat awal kerana baby maseh tidak pandai menjaga hartanya dengan baik. Hancur buku-buku itu tak menjadi masaalah asalkan dia menjadi biasa dengan kehadiran berbagai buku-buku yang berwarna warni yang menarik perhatian nya.
Apabila umurnya mencapai empat tahun dan sudah pandai menjaga barang kepunyaan nya dengan selamat barulah kami belikan untuk nya buku-buku yang lebih bermutu yang harga lebih mahal. Manja  sangat suka kepada buku-buku sehingga sekira diminta memilih apa-apa hadiah yang akan diberikan kepadanya, pilehan nya adalah buku-buku daripada barang permainan yang lain. Kalau kami membawa Manja kesupermarket untuk membeli keperluan dapur atau lain-lain, manja akan suka pergi  ke bahagian buku untuk membelek dan melihat gambar gambar dalam buku buku tersebut.
Mencapai umur enam tahun semasa beliau memasuki prasektolah, Manja telah memperolehi perputakaannya sendiri. Antara buku-bukunya adalah  A Ladybird Book Series yang di terbitkan oleh Ladybird Books Ltd, Loughborough Leicestshire England; Wise Owl’s Series yang di terbitkan oleh Childrens Press, Chicago; Siri Sains Untuk Kanak-kanak yang diterbitkan oleh Dewan Sains Dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia; Siri Sumber Pengetahuan Pelajar terbitan Federal Publications Sdn Bhd; Siri Perpustakaan Kanak-kanak Fajar Bakti terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.; dan macam-macam lagi buku buku ilmu pengetahuan yang lain.