BAB 4; PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kami mendapati pembelajaran awal sebelum memasuki prasekolah sangat penting bagi memastikan anak kami mempunyai keyakinan diri dari awal lagi apabila melangkah masuk kebilek darjah. Pembelajaran yang diterima dirumah akan menjadikannya lebih cerdek dan bijak dari kanak-kanan yang lain dalam bilek darjahnya.Dengan itu beliau akan mendapat pujian dan pengikhtirafan dari kawan-kawan sebilek darjah serta gurunya.Suasana begini sangat positif untuk proses pembelajaran kanak-kanak.
Semasa majlis penutupan persekolahan prasekolah yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis anak kami Manja telah mendapat pengikhtirafan dan hadiah sebagai salah saorang dari murid yang cemerlang. Seterusnya pehak kami sebagai ibubapa juga menyediakan hadiah berupa cenderamata kepada guru-guru KEMAS yang telah bertugas dengan bersungguh sungguh membimbing dan melatih anak kami hingga menjadi murid yang agak cemerlang.
Pada tahun 1993 mulalah anak pertama kami memulakan alam persekolahan nya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar dengan keyakinan yang telah dibina semasa belajar dikelas Tadika KEMAS terdahulu.Pencapaian akademiknya kian meningkat hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Bagi mengimbangi perkembangan dan kemajuan akademik yang tertumpu pada minda sebelah kiri kamipun mendaftarkan Manja kekelas piano.Melalui pembelajaran dalam bidang seni music saperti piano kami berharap minda sebelah kanan anak kami akan berkembang sama selari dengan minda sebelah kirinya. Pencapaian nya dalam seni music piano juga sangat membaggakan, samasama berkembang dengan pencapaian akademik nya.
Pada masa itu di Kangar, Perlis, agak sukar bagi kami mendapatkan tempat untuk anak kami menerima pendikan dalam bidang keagamaan bagi sesi petang selepas sesi pagi diSekolah Kebangsaan saperti yang ada diNegeri Selangor dan negeri negeri lain diSemenanjung. Walaubagaimanapun akirnya Ahli Jawatankuasa Surau Taman Seri Indera telah membuka kelas bimbingan agama Islam untuk murid-murid sekolah rendah secara tidak fomal. Dapatlah anak kami mengikuti bimbingan dan pembelajaran dalam bidang ugama Islam disurau nya. Walaubagaimanapun kelas agama in berjalan buat semetara waktu sahaja dan tidak diteruskan selepas beberapa tahun .
Dari kelas Tadika dan sekolah rendah lagi kami galakkan anak kami menyertai aktiviti kokurukulum. Walaubagaimanapun kami menghadkan penyertaannya dan kami memileh satu jenis sukan sahaja dan satu persatuan atau Badan berunuform sahaja. Ini bagi memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut tidak menjejaskan pembelajaran akademiknya. Penyertaan dalam kokurukulum itu juga kami pastikan diperingkat kepimpinan supaya ianya memberi lebih faedah dalam pembangunan kerjaya dan penghidupan mereka dimasa akan datang.
Anak kedua kami juga menghadiri kelas Tadika Kemas, Kangar dan pergi keSekolah Rendah Kebangsaan Sri Indra, Kangar. Kami tidak lepas tangan dan membiarkan pehak sekolah dan guru-guru sahaja yang membimbing dan melatih anak-anak kami. Tiap tiap hari kami akan pastikan segala kerja rumah yang diberi oleh guru mereka disiapkan terlebih dulu sebelum mereka pergi bermain atau menonton TV . Pada malam nya semua ahli keluarga termasuk saya sendiri duduk mengelilingi meja makan yang telah dikhaskan untuk anak-anak belajar dan membuat kerja sekolah mereka.
No comments:
Post a Comment