BAB 3: PENDIDIKAN AWAL SEBELUM TADIKA
Dalam masa membesarkan anak pertama kami ini, isteri saya mengandung lagi.Mengambil kira pengalaman semasa mengandung anak yang pertama dulu, kali ini pemakanan vitamin dan makanan tambahan dikurangkan supaya baby yang akan lahir nanti tidaklah terlalu besar. Beban kerja yang bertambah telah menyebabkan kurang perhatian diberikan kepada isteri yang mengandung. Pengabaian kepada isteri dimasa ini menyebabkan anak ini terpaksa bekerja keras dalam persekolahan nya dan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kecemerlang dalam pembelajaran nya.
Anak kedua kami ini baby perempuan juga, dilahirkan pada 3Disember,1979, diHospital Bersalin Kuala Lumpur juga. Anak ini diberi nama Nazatul Nur Zihan binti Mohd Nazri dan nama timangan nya adalah Intan. Pada tahun 1981 kami berpindah keKangar, Perlis apabila saya ditukarkan untuk bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Perlis.
Anak-anak kami telah membesar dengan sehat dan cerianya. Makanan vitamin dan makanan tambahan dari Amway kami teruskan saperti nasehat yang diberikan oleh pakar pemakanan. Kami sungguh gembira dan bersyukur dan sentiasa mendoakan mereka membesar untuk menjadi orang yang berjaya didunia dan akhirat serta dapat berjasa kepada agama,nusa, bangsa serta keluarga.
Seawal baby kami boleh memegang pensel dalam lingkungan umur dua tahun kami telah mendedahkan nya kepada buku-buku bergambar dan buku-buku untuk mewarna dan membimbing dan mengajar mereka untuk mengenal huruf rumi serta jawi dan mengira . Buku-buku yang nipis lagi murah digunakan diperingkat awal kerana baby maseh tidak pandai menjaga hartanya dengan baik. Hancur buku-buku itu tak menjadi masaalah asalkan dia menjadi biasa dengan kehadiran berbagai buku-buku yang berwarna warni yang menarik perhatian nya.
Apabila umurnya mencapai empat tahun dan sudah pandai menjaga barang kepunyaan nya dengan selamat barulah kami belikan untuk nya buku-buku yang lebih bermutu yang harga lebih mahal. Manja sangat suka kepada buku-buku sehingga sekira diminta memilih apa-apa hadiah yang akan diberikan kepadanya, pilehan nya adalah buku-buku daripada barang permainan yang lain. Kalau kami membawa Manja kesupermarket untuk membeli keperluan dapur atau lain-lain, manja akan suka pergi ke bahagian buku untuk membelek dan melihat gambar gambar dalam buku buku tersebut.
Mencapai umur enam tahun semasa beliau memasuki prasektolah, Manja telah memperolehi perputakaannya sendiri. Antara buku-bukunya adalah A Ladybird Book Series yang di terbitkan oleh Ladybird Books Ltd, Loughborough Leicestshire England; Wise Owl’s Series yang di terbitkan oleh Childrens Press, Chicago; Siri Sains Untuk Kanak-kanak yang diterbitkan oleh Dewan Sains Dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia; Siri Sumber Pengetahuan Pelajar terbitan Federal Publications Sdn Bhd; Siri Perpustakaan Kanak-kanak Fajar Bakti terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.; dan macam-macam lagi buku buku ilmu pengetahuan yang lain.
No comments:
Post a Comment