Monday, 5 March 2012

Pilehlah Sekolah Menengah Yang Terbaik


BAB 10 :  APABILA SUDAH ADA KELAYAKAN PILEHLAH SEKOLAH MENENGAH YANG TERBAIK

Sebelum cuti akhir tahun anak ketiga kami yang dalam darjah enam telah membawa balik borang untuk memileh sekolah menengah untuk diisi oleh ibubapa murid. Berpandukan daripada pengalaman anak kami yang pertama yang bersekolah diTKC, Seremban dan anak kedua yang bersekolah diSMAP, Kajang, kami telah memileh sekali lagi supaya anak kami yang ketiga ini juga akan bersekolah diSMAP, Kajang.

Walaubagaimanapun pemilehan yang kami buat tidak memuaskan hati guru kelas yang mengajar anak kami diKGV, Seremban. Beliau telah menalipon saya dan mengatakan bahawa anak kami itu telah ditindik oleh pehak sekolah untuk pergi belajar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK ), iaitu sekolah menengah yang paling terkemuka sekali untuk murid-murid lelaki.Guru tersebut meminta penjelasan dari  saya, mengapa kami memileh sekolah SMAP, Kajang yang statusnya lebih rendah dari MCKK ? Dan adakah kami tidak percaya atas kemampuan anak kami itu ?

Kami sungguh berasa terharu atas keperhatinan guru tersebut dan berbanyak terima kaseh serta bersyukur kerana cekgu anak kami bersungguh sungguh mendidik anak kami hingga mempunyai perancangan untuk menyekolahkan nya kesekolah yang paling terkemuka sekali dalam Negara. Kami bukan tidak mahu menghargai pilihan guru tersebut, tapi kami merasakan untuk maju dan berjaya didunia dan akhirat seseorang itu perlu kepada ilmu yang biasa ( dunia ) ini dan ilmu agama ( akhirat ) juga. Untuk itu sekolah SMAP, Kajang adalah lebih sesuai. Walaubagaimanapun alasan yang kami beri kepada cekgu tersebut adalah kerana kakak nya berada di SMAP, Kajang dan ia akan memudahkan kami menguruskan persekolahan mereka berdua sekira mereka bersekolah ditempat yang sama.

Friday, 24 February 2012

Memilih Sekolah Rendah Terbaik Sebelum Mencari Rumah Untuk Disewa.


BAB 9. MEMILEH SEKOLAH RENDAH TERBAIK SEBELUM MENCARI RUMAH SEWA
Pada 1994 lagi sekali saya dipindahkan tempat kerja dari Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang ke Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Lagi sekali kami mengambil kesempatan kerana berpindah untuk  mencari sekolah rendah yang terbaik diSeremban untuk anak kami sebelum kami mencari rumah yang hendak disewa. Rumah yang hedak disewa perlu berhampiran dengan sekolah yang dipileh supaya anak-anak kami boleh di terima masuk ke sekolah tersebut. Kami percaya memileh sekolah terbaik adalah lebih utama dan sangat penting untuk menentukan tempat dimana rumah yang akan kami sewa.

Dengan bertanya dari kawan-kawan diSeremban kami diberitau bahawa Sekolah Rendah King Gorge The V ( KGV ), Ampangan adalah diantara sekolah rendah yang terkemuka pada masa itu. Tanpa berlengah kamipun meronda-ronda dikawasan perumahan sekeliling sekolah rendah KGV untuk mencari rumah kosong yang boleh disewa. Banyak rumah kosong ditemui, tetapi tuan rumah berkenaan tidak berminat untuk menyewakan rumah mereka kerana kadar sewa rumah di sekitar Seremban pada masa itu sangat rendah.

Akhir nya dapat juga kami menyewa sebuah rumah diTaman Shukor, Ampangan yang sangat hampir dengan Sekolah KGV. Dengan itu anak-anak kami hanya berjalan kaki sahaja untuk kesekolah sama ada untuk belajar pada hari biasa atau untuk aktiviti kokurikulum di hujung minggu. Tidak susahlah kami membuang masa dan tenaga untuk menghantar dan mengambil mereka tiap-tiap hari kesekolah atau mereka terpaksa menunggu Van Sekolah untuk pergi dan balik dari sekolah. Lega rasa hati kerana dapat kami suami isteri menumpukan kepada kerja kami masing-masing.

Anak ketiga kami telah kami masukkan kedarjah enam dan anak keempat iaitu yang bungsu, kami  masukkan kedarjah empat diSekolah Rendah KGV Ampangan. Memang betul saperti jangkaan kami  iaitu sekolah tersebut memang sebuah sekolah yang terkemuka dan buktinya kedua-dua anak-anak kami itu telah berjaya dengan cemerlang dalam pepereksaan UPSR mereka dengan mendapat semua “A”

Kami juga bernasib baik kerana rumah sewa kami itu tidak jauh dari Sekolah Agama Ra’ayat  ( SAR ) Ampangan, Seremban. Jadi mudahlah kedua dua anak kami itu berjalan kaki berulang alek kesekolah Agama pula pada sebelah petangnya. Kami sangat bersyukur kerana anak kami dapat belajar mata pelajaran  Agama Islam dengan lebih sempurna diSAR, Ampangan disamping mata pelajaran biasa diSekolah Rendah KGV.

Monday, 20 February 2012

TUISYEN SEMASA DISEKOLAH RENDAH SUPAYA BOLEH MEMILEH SEKOLAH MENENGAH


BAB  9:  TUISYEN SEMASA DISEKOLAH RENDAH SUPAYA BOLEH MEMILEH SEKOLAH MENENGAH
Semasa berpindah ke Shah Alam anak kami yang kedua telah memasuki darjah empat. Ini bermakna lagi dua tahun lagi dia akan menduduki pepereksaan UPSR. Kami nak pastikan supaya anak kami yang ini juga mampu untuk mencapai keputusan yang cemerlang saperti kakaknya, supaya mudah untuk membuat permohonan untuk memasuki Sekolah Menengah Berasrama Penuh yang baik. Dengan itu kami telah menbuat pencarian disekitar Shah Alam dimana pusat tuisyen yang cemerlang yang mampu membimbing murid murid supaya mendapat keputusan UPSR semua “A”
Akhirnya kami diberitau bahawa Tuisyen Cekgu Adam adalah yang terbaik. Oleh itu kamipun bertemu dengan Cekgu Adam yang mengadakan tuisyen untuk murid murid yang akan mengambil UPSR dirumahnya. Kami telah bertanya… sekiranya anak kami  mengikuti tuisyennya, adakah  beliau dapat pastikan dengan kemungkinan besar yang anak kami akan dapat keputusan UPSR nya nanti semua “A”. Untuk menjawab soalan kami itu Cekgu Adam telah meminta anak kami mendudukki ujian bertulis untuk menilai prestasi pembelajaran nya di sekolah. Alhamdulillah, dengan yakin Cekgu Adam berkata kalau anak kami mengikuti program tuisyennya dengan  bersungguh, Insyaallah lima A dalam tangan.
Dengan senang hati kamipun menghantar anak kami ke Tuisyen Cekgu Adam dan dengan itu kami pun dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pekerjaan kami masing masing. Dari Darjah Empat ke Darjah Lima dan ke Darjah Enam anak kami mengikuti tuisyen Cekgu Adam tanpa sebarang masaalah. Alhamdulillah, bila keputusan UPSR diumumkan anak kami telah mendapat Lima “A”.
Dengan kelayakan tersebut kami telah memohon supaya anak kami dimasukkan ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). Kami memileh sekolah tersebut oleh sebab sekolah tersebut mengajar mata pelajaran biasa dan mata pelajaran agama. Dengan itu murid-murid yang keluar dari sekolah itu mempunyai kelebihan berbanding dengan murid-muria dari sekolah biasa. Lagipun kami mendapati disiplin dan keputusan pepereksaan sekolah SMAPK adalah sangat membanggakan. Jadi sekira anak kami dapat belajar disekolah sedemikian masa depannya lebih terjamin didunia dan akhirat.   

Friday, 13 January 2012

BAB 7: ANAK DIASRAMA Apabila kami berpindah keShah Alam anak perempuan kami telahpun memulakan pengajian nya di tingkatan satu, di Kolej Tengku Kursiah (TKC), Seremban. Dengan itu mudah lah kami pergi melawat nya pada setiap hujung minggu. Tiap kali melawat kami pasti membawa makanan kesukaan anak kami itu dan kami makan bersama sama dibawah pokok ditepi padang tak jauh dari asrama tempat tinggal nya. Kami akan berbincang mengenai pencapaian pelajaran dan apa jua masaalah yang dihadapinya disekolah supaya dapat diselesaikan segera. Kami berjanji akan memberi segala sokongan supaya anak kami dapat hidup dengan selesa di asrama dan terus belajar bersugguh sungguh supaya medapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian dan pepereksaan. Kami juga telah berkesempatan menghantar anak ketiga dan keempat kami keSummer Camp yang juga dianjurkan oleh Dr. Hassan Ali dikawasan perkhemahan Ulu Langat. Saperti anak anak kami yang dulu summer camp tersebut telah memberi kesan yang sangat positif dalam pembelajaran dan kelakuan mereka. Mereka menjadi anak anak yang baik dan mendengar kata. Maka mudahlah untuk berbincang dan merancang pembangunan kerjaya mereka untuk masa akan datang. Perkembangan pembelajaran anak kami di TKC adalah menggalakkan walau pada peringkat awal nya anak kami tidak begitu selesa berada diasrama berjauhan daripada ibubapa dan adek-adek nya. Beliau pernah memohon sekira dia mendapat keputusan pepereksaan kelasnya diantara no. 1 hingga no. 3, dia akan mintak sesuatu perkara dan kami ibubapanya harus memberinya. Kamipun berjanji akan menunaikan nya sekira beliau dapat keputusan pepereksaan nya sedemikian. Alhamdulillah beliau dapat no.3, tetapi permintaan nya takdapat kami penuhi. Apa permintaan nya…? Beliau nak bertukar kesekolah biasa diShah Alam, supaya boleh tinggal dirumah dan bersama adek-adek yang lain. Bila ditanya mengapa beliau hendak keluar dari TKC, barulah kami tahu beliau tidak begitu selesa belajar disitu sebab dia merupakan segelintir murid murid yang memakai tudung. Kebanyakkan murid diTKC pada masa itu adalah tidak memakai tudung. Jadi dia adalah merupakan golongan minority dan susahlah dia nak melibatkan diri dalam aktiviti kokurukulum di sekolahnya. Contohnya, beliau memang berminat dalam muzik dan telah meduduki ujian untuk pemilihan menjadi ahli pancragam sekolah. Beliau telah lulus tetapi oleh sebab hanya beliau seorang sahaja yang memakai tudung, ia tidak disenangi oleh ahli ahli pancaragam yang lain. Akhirnya beliau terpaksa mengalah dan menarek diri dari menganggotai pancaragam tersebut. Begitu juga dalam memilih pelakun dalam pementasan drama sekolah nya beliau tidak terpilih sebab tiada babak yang sesuai pada orang bertudung. Sama juga dalam aktiviti sukan saperti Basketball dan lain lain, budak budak bertudung pada masa itu diketepikan oleh budak budak yang tak bertudung oleh sebab bilangan mereka lebih ramai. Walaubagaimanapun setelah dipujuk dan diberi semangat supaya jangan cepat mengalah beliau bersetuju untuk meneruskan pembelajarannya diTKC. Anak kami telah berjanji akan memperjuang bersama kawan kawan yang bertudung untuk tidak didiskriminasikan dan akan berkempen dan menyadarkan murid yang tak bertudung akan kewajipan memakai tudung. Dengan itu akan ramailah murid murid yang bertudung nanti dan tidak mudahlah untuk disisih atau didiskriminasikan oleh sesiapapun.


BAB 7:  ANAK DIASRAMA
Apabila kami berpindah keShah Alam anak perempuan kami telahpun memulakan pengajian nya di tingkatan satu, di Kolej Tengku Kursiah (TKC), Seremban. Dengan itu mudah lah kami pergi melawat nya pada setiap hujung minggu. Tiap kali melawat kami pasti membawa makanan kesukaan anak kami itu dan kami makan bersama sama dibawah pokok ditepi padang tak jauh dari asrama tempat tinggal nya. Kami akan berbincang mengenai pencapaian pelajaran dan apa jua masaalah yang dihadapinya disekolah supaya dapat diselesaikan segera. Kami berjanji akan memberi segala sokongan supaya anak kami dapat hidup dengan selesa di asrama dan terus belajar bersugguh sungguh supaya medapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian dan pepereksaan.

Kami juga telah berkesempatan menghantar anak ketiga dan keempat kami keSummer Camp yang juga dianjurkan oleh Dr. Hassan Ali dikawasan perkhemahan Ulu Langat. Saperti anak anak kami yang dulu summer camp tersebut  telah memberi kesan yang sangat positif dalam pembelajaran dan kelakuan mereka. Mereka menjadi anak anak yang baik dan mendengar kata. Maka mudahlah untuk berbincang dan merancang pembangunan kerjaya mereka untuk masa akan datang.

Perkembangan pembelajaran anak kami di TKC adalah menggalakkan walau pada peringkat awal nya anak kami tidak begitu selesa berada diasrama berjauhan daripada ibubapa dan adek-adek nya. Beliau pernah memohon sekira dia mendapat keputusan pepereksaan kelasnya diantara no. 1 hingga no. 3, dia akan mintak  sesuatu perkara dan kami ibubapanya harus memberinya. Kamipun berjanji akan menunaikan nya sekira beliau dapat keputusan pepereksaan nya sedemikian. Alhamdulillah beliau dapat no.3, tetapi permintaan nya takdapat kami penuhi. Apa permintaan nya…? Beliau nak bertukar kesekolah biasa diShah Alam, supaya boleh tinggal dirumah dan bersama adek-adek yang lain.

Bila ditanya mengapa beliau hendak keluar dari TKC, barulah kami tahu beliau tidak begitu selesa belajar disitu sebab dia merupakan segelintir murid murid yang memakai tudung. Kebanyakkan murid diTKC  pada masa itu adalah tidak memakai tudung.  Jadi dia adalah merupakan golongan minority dan susahlah dia nak melibatkan diri dalam aktiviti kokurukulum di sekolahnya. Contohnya, beliau memang berminat dalam muzik dan telah meduduki ujian untuk pemilihan menjadi ahli pancragam sekolah. Beliau telah lulus tetapi oleh sebab hanya beliau seorang sahaja yang memakai tudung, ia tidak disenangi oleh ahli ahli pancaragam yang lain. Akhirnya beliau terpaksa mengalah dan menarek diri dari menganggotai pancaragam tersebut. Begitu juga dalam memilih pelakun dalam pementasan drama sekolah nya beliau tidak terpilih sebab tiada babak yang sesuai pada orang bertudung. Sama juga dalam aktiviti sukan saperti Basketball dan lain lain, budak budak bertudung pada masa itu diketepikan oleh budak budak yang tak bertudung oleh sebab bilangan mereka lebih ramai.

Walaubagaimanapun setelah dipujuk dan diberi semangat supaya jangan cepat mengalah beliau bersetuju untuk meneruskan pembelajarannya diTKC. Anak kami telah berjanji akan memperjuang bersama kawan kawan yang bertudung untuk tidak didiskriminasikan dan akan berkempen dan menyadarkan murid yang tak bertudung akan kewajipan memakai tudung. Dengan itu akan ramailah murid murid yang bertudung nanti dan tidak mudahlah untuk disisih atau didiskriminasikan oleh sesiapapun.

                                                                                                                                                           









Monday, 2 January 2012

Bab 6 : Mencari Sekolah Terbaik


BAB 6:  CARI SEKOLAH TERBAIK

Pada tahun 1989 saya telah diarahkan berpindah tempat kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Kuala Lumpur.Kami bercadang mencari rumah sewa di Shah Alam dan berulang alek ke pejabat dari sana.Sabelum mengenal pasti kawasan mana yang akan kami menyewa kami telah membuat tinjauan untuk mengenal pasti sekolah Rendah Kebangsaan manakah yang terbaik dan terkemuka di Shah Alam. Kami berbuat demikian bagi memastikan anak-anak kami nanti boleh diterima masuk kesekolah terkemuka tersebut.

Akhirnya kami telah diberitau Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda Musa, Seksyen Empat Shah Alam adalah sekolah yang paling terkemuka sekali di Shah Alam. Dengan itu, kamipun segera mencari rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Medapatkan rumah sewa berhampiran dengan sekolah sangat penting, sebab telah menjadi syarat, pehak sekolah akan mempertimbangkan hanya anak penduduk yang berhampiran dengan sekolah sahaja untuk diterima masuk kesekolah tersebut. Satelah puas mencari, akhirnya kami dapat menyewa dirumah terrace dua tingkat yang berhampiran dengan sekolah iaitu dialamat No. 16, Jalan Limau Purut 4/4D, Shah Alam. Anak-anak kami beulang alek kesekolah hanya berjalan kaki sahaja sama ada untuk sesi pagi atau untuk aktiviti kokurikulum di petang nya.

Di Shah Alam anak-anak kami berpeluang menghadiri kelas agama di Sekolah Agama Seksyen Tiga dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor. Alhamdulillah tercapailah harapan kami untuk memberi pendidikan agama dengan sempurna kepada anak-anak kami, kerana kami tak mampu mengajar ilmu agama kepada mereka sendiri dirumah. Kami merasakan sangat penting supaya pengetahuan agama harus dikembangkan seiring dengan pencapaian akademik supaya kejayaan yang dikejar didunia tidak melanggar  syariat agama Islam. Semoga semua yang akan dilakukan mereka mendapat keredaan Illahi dan mereka berjaya didunia dan diakhirat.