BAB 7: ANAK DIASRAMA
Apabila kami berpindah keShah Alam anak perempuan kami telahpun memulakan pengajian nya di tingkatan satu, di Kolej Tengku Kursiah (TKC), Seremban. Dengan itu mudah lah kami pergi melawat nya pada setiap hujung minggu. Tiap kali melawat kami pasti membawa makanan kesukaan anak kami itu dan kami makan bersama sama dibawah pokok ditepi padang tak jauh dari asrama tempat tinggal nya. Kami akan berbincang mengenai pencapaian pelajaran dan apa jua masaalah yang dihadapinya disekolah supaya dapat diselesaikan segera. Kami berjanji akan memberi segala sokongan supaya anak kami dapat hidup dengan selesa di asrama dan terus belajar bersugguh sungguh supaya medapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian dan pepereksaan.
Kami juga telah berkesempatan menghantar anak ketiga dan keempat kami keSummer Camp yang juga dianjurkan oleh Dr. Hassan Ali dikawasan perkhemahan Ulu Langat. Saperti anak anak kami yang dulu summer camp tersebut telah memberi kesan yang sangat positif dalam pembelajaran dan kelakuan mereka. Mereka menjadi anak anak yang baik dan mendengar kata. Maka mudahlah untuk berbincang dan merancang pembangunan kerjaya mereka untuk masa akan datang.
Perkembangan pembelajaran anak kami di TKC adalah menggalakkan walau pada peringkat awal nya anak kami tidak begitu selesa berada diasrama berjauhan daripada ibubapa dan adek-adek nya. Beliau pernah memohon sekira dia mendapat keputusan pepereksaan kelasnya diantara no. 1 hingga no. 3, dia akan mintak sesuatu perkara dan kami ibubapanya harus memberinya. Kamipun berjanji akan menunaikan nya sekira beliau dapat keputusan pepereksaan nya sedemikian. Alhamdulillah beliau dapat no.3, tetapi permintaan nya takdapat kami penuhi. Apa permintaan nya…? Beliau nak bertukar kesekolah biasa diShah Alam, supaya boleh tinggal dirumah dan bersama adek-adek yang lain.
Bila ditanya mengapa beliau hendak keluar dari TKC, barulah kami tahu beliau tidak begitu selesa belajar disitu sebab dia merupakan segelintir murid murid yang memakai tudung. Kebanyakkan murid diTKC pada masa itu adalah tidak memakai tudung. Jadi dia adalah merupakan golongan minority dan susahlah dia nak melibatkan diri dalam aktiviti kokurukulum di sekolahnya. Contohnya, beliau memang berminat dalam muzik dan telah meduduki ujian untuk pemilihan menjadi ahli pancragam sekolah. Beliau telah lulus tetapi oleh sebab hanya beliau seorang sahaja yang memakai tudung, ia tidak disenangi oleh ahli ahli pancaragam yang lain. Akhirnya beliau terpaksa mengalah dan menarek diri dari menganggotai pancaragam tersebut. Begitu juga dalam memilih pelakun dalam pementasan drama sekolah nya beliau tidak terpilih sebab tiada babak yang sesuai pada orang bertudung. Sama juga dalam aktiviti sukan saperti Basketball dan lain lain, budak budak bertudung pada masa itu diketepikan oleh budak budak yang tak bertudung oleh sebab bilangan mereka lebih ramai.
Walaubagaimanapun setelah dipujuk dan diberi semangat supaya jangan cepat mengalah beliau bersetuju untuk meneruskan pembelajarannya diTKC. Anak kami telah berjanji akan memperjuang bersama kawan kawan yang bertudung untuk tidak didiskriminasikan dan akan berkempen dan menyadarkan murid yang tak bertudung akan kewajipan memakai tudung. Dengan itu akan ramailah murid murid yang bertudung nanti dan tidak mudahlah untuk disisih atau didiskriminasikan oleh sesiapapun.
betulkah begitu di TKC. harap pihak berwajib dapat pantau. saya pun yakin SMAP kajang lebih baik. baru 4 hari lepas masuk form 1. teringat pula. hahah
ReplyDelete