Monday, 20 February 2012

TUISYEN SEMASA DISEKOLAH RENDAH SUPAYA BOLEH MEMILEH SEKOLAH MENENGAH


BAB  9:  TUISYEN SEMASA DISEKOLAH RENDAH SUPAYA BOLEH MEMILEH SEKOLAH MENENGAH
Semasa berpindah ke Shah Alam anak kami yang kedua telah memasuki darjah empat. Ini bermakna lagi dua tahun lagi dia akan menduduki pepereksaan UPSR. Kami nak pastikan supaya anak kami yang ini juga mampu untuk mencapai keputusan yang cemerlang saperti kakaknya, supaya mudah untuk membuat permohonan untuk memasuki Sekolah Menengah Berasrama Penuh yang baik. Dengan itu kami telah menbuat pencarian disekitar Shah Alam dimana pusat tuisyen yang cemerlang yang mampu membimbing murid murid supaya mendapat keputusan UPSR semua “A”
Akhirnya kami diberitau bahawa Tuisyen Cekgu Adam adalah yang terbaik. Oleh itu kamipun bertemu dengan Cekgu Adam yang mengadakan tuisyen untuk murid murid yang akan mengambil UPSR dirumahnya. Kami telah bertanya… sekiranya anak kami  mengikuti tuisyennya, adakah  beliau dapat pastikan dengan kemungkinan besar yang anak kami akan dapat keputusan UPSR nya nanti semua “A”. Untuk menjawab soalan kami itu Cekgu Adam telah meminta anak kami mendudukki ujian bertulis untuk menilai prestasi pembelajaran nya di sekolah. Alhamdulillah, dengan yakin Cekgu Adam berkata kalau anak kami mengikuti program tuisyennya dengan  bersungguh, Insyaallah lima A dalam tangan.
Dengan senang hati kamipun menghantar anak kami ke Tuisyen Cekgu Adam dan dengan itu kami pun dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pekerjaan kami masing masing. Dari Darjah Empat ke Darjah Lima dan ke Darjah Enam anak kami mengikuti tuisyen Cekgu Adam tanpa sebarang masaalah. Alhamdulillah, bila keputusan UPSR diumumkan anak kami telah mendapat Lima “A”.
Dengan kelayakan tersebut kami telah memohon supaya anak kami dimasukkan ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). Kami memileh sekolah tersebut oleh sebab sekolah tersebut mengajar mata pelajaran biasa dan mata pelajaran agama. Dengan itu murid-murid yang keluar dari sekolah itu mempunyai kelebihan berbanding dengan murid-muria dari sekolah biasa. Lagipun kami mendapati disiplin dan keputusan pepereksaan sekolah SMAPK adalah sangat membanggakan. Jadi sekira anak kami dapat belajar disekolah sedemikian masa depannya lebih terjamin didunia dan akhirat.   

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Makaseh byk pada abah n mama dlm mendidik kami semua..

    ReplyDelete
  2. Salam encik, boleh saya tahu tuition yg dimaksudkan tu dimana?

    ReplyDelete