Friday, 24 February 2012

Memilih Sekolah Rendah Terbaik Sebelum Mencari Rumah Untuk Disewa.


BAB 9. MEMILEH SEKOLAH RENDAH TERBAIK SEBELUM MENCARI RUMAH SEWA
Pada 1994 lagi sekali saya dipindahkan tempat kerja dari Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang ke Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Lagi sekali kami mengambil kesempatan kerana berpindah untuk  mencari sekolah rendah yang terbaik diSeremban untuk anak kami sebelum kami mencari rumah yang hendak disewa. Rumah yang hedak disewa perlu berhampiran dengan sekolah yang dipileh supaya anak-anak kami boleh di terima masuk ke sekolah tersebut. Kami percaya memileh sekolah terbaik adalah lebih utama dan sangat penting untuk menentukan tempat dimana rumah yang akan kami sewa.

Dengan bertanya dari kawan-kawan diSeremban kami diberitau bahawa Sekolah Rendah King Gorge The V ( KGV ), Ampangan adalah diantara sekolah rendah yang terkemuka pada masa itu. Tanpa berlengah kamipun meronda-ronda dikawasan perumahan sekeliling sekolah rendah KGV untuk mencari rumah kosong yang boleh disewa. Banyak rumah kosong ditemui, tetapi tuan rumah berkenaan tidak berminat untuk menyewakan rumah mereka kerana kadar sewa rumah di sekitar Seremban pada masa itu sangat rendah.

Akhir nya dapat juga kami menyewa sebuah rumah diTaman Shukor, Ampangan yang sangat hampir dengan Sekolah KGV. Dengan itu anak-anak kami hanya berjalan kaki sahaja untuk kesekolah sama ada untuk belajar pada hari biasa atau untuk aktiviti kokurikulum di hujung minggu. Tidak susahlah kami membuang masa dan tenaga untuk menghantar dan mengambil mereka tiap-tiap hari kesekolah atau mereka terpaksa menunggu Van Sekolah untuk pergi dan balik dari sekolah. Lega rasa hati kerana dapat kami suami isteri menumpukan kepada kerja kami masing-masing.

Anak ketiga kami telah kami masukkan kedarjah enam dan anak keempat iaitu yang bungsu, kami  masukkan kedarjah empat diSekolah Rendah KGV Ampangan. Memang betul saperti jangkaan kami  iaitu sekolah tersebut memang sebuah sekolah yang terkemuka dan buktinya kedua-dua anak-anak kami itu telah berjaya dengan cemerlang dalam pepereksaan UPSR mereka dengan mendapat semua “A”

Kami juga bernasib baik kerana rumah sewa kami itu tidak jauh dari Sekolah Agama Ra’ayat  ( SAR ) Ampangan, Seremban. Jadi mudahlah kedua dua anak kami itu berjalan kaki berulang alek kesekolah Agama pula pada sebelah petangnya. Kami sangat bersyukur kerana anak kami dapat belajar mata pelajaran  Agama Islam dengan lebih sempurna diSAR, Ampangan disamping mata pelajaran biasa diSekolah Rendah KGV.

No comments:

Post a Comment