BAB 2 : RAZEKI YANG HALAL
Syarat paling utama dalam proses mendidik anak-anak adalah membawa balik rezeki yang halal untuk makan minum serta kegunaan keluarga. Kalau razeki atau benda yang haram dibawa balik maka anak-anak kitalah yang mula-mula menerima akibat nya dengan susah dia hendak belajar dan mengingati mata pelajaran nya. Saya sungguh yakin dengan perkara ini kerana situasi ini telah berlaku dengan tepat dan jelasnya kepada diri dan keluarga saya. Rasuah ribuan dan ratusan ringgit dapat saya elakkan tetapi dengan hanya beberapa ringgit yang terlepas pandang anak saya mendapat keputusan pepereksaan yang mengecewakan pada tahun tersebut. Dari situ saya bertekad tidak akan sama sekali membawa apa-apa benda yang haram kedalam rumah dan keluarga kami sampai bila-bilapun.
Dalam mendidik anak anak peranan ibu bapa harus sekata dan senada sokong menyokong, lengkap melengkapi kelemahan yang ada pada diri masing masing.Memang kita ada kelemahan sana sini, saperti contoh isteri saya, Samsidar merupakan anak yatim piatu, ibunya meninggal semasa dia berumur dua tahun dan ayah nya pula semasa beliau berumur lima tahun. Selepas peninggalah ayah nya dia tinggal bersama datuk nya di Kajang dan bila datuk nya meninggal beliau menjadi anak pungut kepada Makteh, adek kepada ibu kandung nya.
Keluarga Makteh/pakteh ini mempunyai lima orang anak lelaki dan dengan kehadiran anak angkat perempuan dapatlah segala kerja rumah saperti memasak, menyapu, membasuh, dan juga membuat kueh untuk dijual sudah ada pembantu. Keluarga angkat nya bukan orang senang. Bapa angkatnya haya bertugas sebagai Jaga di kilang beras di Kajang. Samsidar telah membesar dengan segala kekurangag dan kesukaran serta tiada kaseh sayang dari ibubapa kandung. Keadaan ini telah membuatnya menjadi sangat sensitive kepada anak anaknya. Silap sedikit dia akak melenting. Dalam apa jua keadaan saya tidak boleh memehak kepada anak-anak dihadapan nya. Saya akan rationalize balik dengan anak tersebut mengapa ibunya marah apabila keadaan sudah reda. Anak anak harus memahami latar belakang dan karektor ibu mereka supaya mereka tidak ambil hati bila ibunya melenting dan marah-marah.