BAB 10 : APABILA SUDAH ADA KELAYAKAN PILEHLAH SEKOLAH MENENGAH YANG TERBAIK
Sebelum cuti akhir tahun anak ketiga kami yang dalam darjah enam telah membawa balik borang untuk memileh sekolah menengah untuk diisi oleh ibubapa murid. Berpandukan daripada pengalaman anak kami yang pertama yang bersekolah diTKC, Seremban dan anak kedua yang bersekolah diSMAP, Kajang, kami telah memileh sekali lagi supaya anak kami yang ketiga ini juga akan bersekolah diSMAP, Kajang.
Walaubagaimanapun pemilehan yang kami buat tidak memuaskan hati guru kelas yang mengajar anak kami diKGV, Seremban. Beliau telah menalipon saya dan mengatakan bahawa anak kami itu telah ditindik oleh pehak sekolah untuk pergi belajar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK ), iaitu sekolah menengah yang paling terkemuka sekali untuk murid-murid lelaki.Guru tersebut meminta penjelasan dari saya, mengapa kami memileh sekolah SMAP, Kajang yang statusnya lebih rendah dari MCKK ? Dan adakah kami tidak percaya atas kemampuan anak kami itu ?
Kami sungguh berasa terharu atas keperhatinan guru tersebut dan berbanyak terima kaseh serta bersyukur kerana cekgu anak kami bersungguh sungguh mendidik anak kami hingga mempunyai perancangan untuk menyekolahkan nya kesekolah yang paling terkemuka sekali dalam Negara. Kami bukan tidak mahu menghargai pilihan guru tersebut, tapi kami merasakan untuk maju dan berjaya didunia dan akhirat seseorang itu perlu kepada ilmu yang biasa ( dunia ) ini dan ilmu agama ( akhirat ) juga. Untuk itu sekolah SMAP, Kajang adalah lebih sesuai. Walaubagaimanapun alasan yang kami beri kepada cekgu tersebut adalah kerana kakak nya berada di SMAP, Kajang dan ia akan memudahkan kami menguruskan persekolahan mereka berdua sekira mereka bersekolah ditempat yang sama.
No comments:
Post a Comment