Monday, 2 January 2012

Bab 6 : Mencari Sekolah Terbaik


BAB 6:  CARI SEKOLAH TERBAIK

Pada tahun 1989 saya telah diarahkan berpindah tempat kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Kuala Lumpur.Kami bercadang mencari rumah sewa di Shah Alam dan berulang alek ke pejabat dari sana.Sabelum mengenal pasti kawasan mana yang akan kami menyewa kami telah membuat tinjauan untuk mengenal pasti sekolah Rendah Kebangsaan manakah yang terbaik dan terkemuka di Shah Alam. Kami berbuat demikian bagi memastikan anak-anak kami nanti boleh diterima masuk kesekolah terkemuka tersebut.

Akhirnya kami telah diberitau Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda Musa, Seksyen Empat Shah Alam adalah sekolah yang paling terkemuka sekali di Shah Alam. Dengan itu, kamipun segera mencari rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Medapatkan rumah sewa berhampiran dengan sekolah sangat penting, sebab telah menjadi syarat, pehak sekolah akan mempertimbangkan hanya anak penduduk yang berhampiran dengan sekolah sahaja untuk diterima masuk kesekolah tersebut. Satelah puas mencari, akhirnya kami dapat menyewa dirumah terrace dua tingkat yang berhampiran dengan sekolah iaitu dialamat No. 16, Jalan Limau Purut 4/4D, Shah Alam. Anak-anak kami beulang alek kesekolah hanya berjalan kaki sahaja sama ada untuk sesi pagi atau untuk aktiviti kokurikulum di petang nya.

Di Shah Alam anak-anak kami berpeluang menghadiri kelas agama di Sekolah Agama Seksyen Tiga dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor. Alhamdulillah tercapailah harapan kami untuk memberi pendidikan agama dengan sempurna kepada anak-anak kami, kerana kami tak mampu mengajar ilmu agama kepada mereka sendiri dirumah. Kami merasakan sangat penting supaya pengetahuan agama harus dikembangkan seiring dengan pencapaian akademik supaya kejayaan yang dikejar didunia tidak melanggar  syariat agama Islam. Semoga semua yang akan dilakukan mereka mendapat keredaan Illahi dan mereka berjaya didunia dan diakhirat.

1 comment:

  1. Bagus Abah...teruskan usaha abah utk berkongsi pengalamana abah ni yer

    ReplyDelete